Thursday, 1 March 2012

puyu

semasa bagi makan ikan puyuku, tiba2 sekor puyu yang terbesar tangkapanku, lompat gedebuk jatuh ataih lantai, siannya mesti sakit sebab tinggi juga. aku angkat masuk semula dalam bekasnya, tiba2 aku tengok terbalik, haaaa dah nak mati ke ikan puyu ni. memang ya, wpun isangnya masih hap hap bernyawa tapi sudah nyawa nyawa ikan orang kata. aku pun angkat dia. tak sampai 5 minit dia pun gol bakawali. aku pun cepat  cepat siang dia, cuci bersih2 dengan asam garam,bubuh garam kunyit lalu goreng, bila dah masak aku pun makan, ratah gitu je, sedapnya ikan puyu. sebenarnya aku tak pernah makan ikan puyu pun, sebab dibesarkan di tanjung tokong, ikan laut ada lah, ikan darat mana nak jumpa. wpun tak besa makan, tapi sebab aku ni jenis semua balun, tolak batu dan kayu. memang sedap ikan puyu ni. alkisah ikan puyu yang aku pancing tinggal tulang, tu pun aku ambik gambaq hehehehe.

ikan puyu terbesar yang pernah aku tangkap. hari ni jadi lauk ku.
puyu yang sudah digoreng
ni puyu tinggai tulang, sedapnya. habis diratah oleh ku

No comments:

Post a Comment