Ni lah ikan haruan yang husband aku dapat masa memancing waktu pagi kat parit perda. gup haruan tarik memang best. aku cuma dapat puyu, dan sekali dapat tilapia, besar juga, tapi yang bestnya puyu kat sini besar2 belaka.. Petang selepas asar kami p lagi memancing, kali ni husband dapt 2 ekor keli besar2 juga, aku dengan puyu juga, tak kisah lah janji kail aku ikan makan juga hehehe.
ni pula ikan keli yang husband dapat tu lah.
kat sini lah kami memancing pagi, petang, tiap tiap hari, ni bukan lagi minat memancing, tapi gila memancing. kat mana parit ni? kat perda sebelah quarters PBA. dekat dengan rumah aku, kayuh basikal 5 minit saja. memang banyak puyu kat sini. umpan cacing, udang cengkerik semua senang senang boleh dapat puyu.
ikan keli dan haruan dah siap disiang. untuk dimasak esok . masak cabai pun sodap. ikan darat ni kena basuh dengan betul bukan main2, kaknab basuh dengan daun serai, daun limau purut, asam dan garam.
No comments:
Post a Comment