Showing posts with label canon S95. Show all posts
Showing posts with label canon S95. Show all posts

Friday, 22 July 2022

camera canon s95 powershot

 Saja nak tunjuk bahawasanya camera canon powershot s95 memang power betul. Maknab cari camera ni, hilang,  jumpa bawah katil. dok agak dah mesti bawah katil, jatuh agaknya. Sebab dah cari rata2 laci tak jumpa. Tengok tengok ada bawah katil, apa lagi terus charge battery yang dah kong sebab lama tersorok bawah katil. sayang kan camera ni walaupun mukanya tak cantik lagi gambar yang ambil masih cantik dan sharp.

tengoklah screen camera ni dah tercapok. tapi gambar yang
ambil tak terlibat. gambar masih cantik. nanti nak kena bawa pi
repair. sayang kan. camera ni.

Maknab beli camera ni tahun 2011. dah 11 tahun umurnya. beli masa tu rm1500. sekarang tak ada lagi camera ni. kalau ada jual kat shoppee second hand punya. canon dah tak keluar lagi model ni. banyak lagi model yang canggih canggih terbaru kini.

Hari ni maknab pi taiping makan yong tau foo. Saja ja pi jalan jalan cari makan, Dari Sungai Petani ke Taiping cuma nak makan yong tau foo ni saja. Dalam perjalanan maknab masa dalam kereta, ambik gambar masa kereta sedang berjalan laju menggunakan camera canon ni. memang power. tengok gambar bergerak laju pun turn out cantik sangat. 




ni pun ambil guna camera canon ni juga. maknab dengan suami dalam kereta. 



tengok muka original maknab, tak berbedak pun.



Monday, 12 December 2011

indahnya suasana pagi tepi sawah di bukit mertajam

gambar dirakam menggunakan camera CANON S95 
sambil jogging sambil ambik gambar.


                                                       bulan mengambang hampir terbenam
                                                        suasana indah sawah padi
                                                          matahari hampir terbit

indahnya suasana pagi

daun padi yang diliputi embun.

Wednesday, 7 December 2011

canon s95 mode AV


gambar ni diambil semasa kipas bergerak laju, dengan munggunakan canon S95 mode AV.