Sunday, 25 March 2012

ikan puyu pekasam

aku tak pernah buat pekasam, suatu hari aku cuba2 buat 4 ekor puyu, test tengok boleh jadi tak aku punya pekasam, sedap ke tak wallahualam. jadi 4 ekor ikan aku siang bersih2 kemudian garamkan dia dalam bekas tutup rapat2 selama 1 1/2  hari. kemudian ikan yang sudah digaramkan, basuh bersih2. peram pula dengan air nasi dan 2 camca garam. simpan lebih kurang 2 hari, lepas itu basuh2 bersih2 baru campurkan dengan beras goreng yang yang sudah ditumbuk halus, peram lagi selama 4-5 hari, pekasam boleh di goreng dan makan dengan nasi panas2.

puyu sudah digaramkan

2. puyu diperam dengan air nasi
Bila dah jadi pekasamku masin gila. memang benar kata mak ku, kenapa bubuh garam banyak sangat, aku cuma ikut resepi dlm blog. selepas tu aku buat lagi, tak putus asa, modified lah balik, garam boh sikit je, aku tambah pula asam keping sedikit. memang menjadi kali ni pekasam ku, malah lebih sedap dari yang selalu aku beli. caiyok. aku dah pandai buat pekasam, akan maintain resepi aku sendiri, garam yang belambak kat atas tu tak boleh pakai ikan jadi masin instead of masam hehehe. ni aku bagi resepi ku sendiri

ikan pekasam kaknab
3 ekor ikan puyu
3 camca teh garam)(garamkan semalaman atau 2 hari)
3 keping asam keping)
selapas 2 hari rendam pula dengan air nasi dan  sedikit saja garam
lepas tu basuh bersih, dan lumur dengan beras goreng yang sudah di blend. simpan selama 2 hari atau lebih.

senyum yang menawan


Saturday, 24 March 2012

ikan haruan

Ni lah ikan haruan yang husband aku dapat masa memancing waktu pagi kat parit perda. gup haruan tarik memang best. aku cuma dapat puyu, dan sekali dapat tilapia, besar juga, tapi yang bestnya puyu kat sini besar2 belaka.. Petang selepas asar kami p lagi memancing, kali ni husband dapt 2 ekor keli besar2 juga, aku dengan puyu juga, tak kisah lah janji kail aku ikan makan juga hehehe.

ni pula ikan keli yang husband dapat tu lah.



kat sini lah kami memancing pagi, petang, tiap tiap hari, ni bukan lagi minat memancing, tapi gila memancing. kat mana parit ni? kat perda sebelah quarters PBA. dekat dengan rumah aku, kayuh basikal 5 minit saja. memang banyak puyu kat sini. umpan cacing, udang cengkerik semua senang senang boleh dapat puyu.

 ikan keli dan haruan dah siap disiang. untuk dimasak esok . masak cabai pun sodap. ikan darat ni kena basuh dengan betul bukan main2, kaknab basuh dengan daun serai, daun limau purut, asam dan garam.

Friday, 16 March 2012

activity memancing

tiap2 hari tak pernah miss, pagi dalam 8-10 pagi, petang dalam pukul 5.15 hingga 7.15 lagu tu, mesti memancing kat parit2 perda, pagi p sorang, petang p dengan husband, memang banyak puyu, keli, tilapia. haruan. selalu mesti dapat ikan puyu, kalau bonos dapat keli, haruan dan tilapia. macam kelmarin 15/3/12, kaknab dapat sekor ikanb tilapia, besar juga. puyu tu mesti wajib lah, paling sikit kalau dapat pun 3-4 ekor, kalau  hari good luck boleh dapat 10 ekor puyu, besar2 juga. tapi, kena hari ikan posa, sekor pun tak dapat hehehe. hari ni 16/3/12. memang hari luck lah, dapat puyu 10 ekor, pancing dari pukul 8.00-10 pagi. ni, waktu pagi sebelum masak, mesti p pancing dulu. bukan lagi hobby, dah kira gila memancing hahaha.

ikan tilapia dan puyu, siap disiang untuk di masak.

ikan puyu yang paling besar yang pernah kaknab dapat 16cm

puyu yang besar ni ialah puyu betina

Thursday, 1 March 2012

puyu

semasa bagi makan ikan puyuku, tiba2 sekor puyu yang terbesar tangkapanku, lompat gedebuk jatuh ataih lantai, siannya mesti sakit sebab tinggi juga. aku angkat masuk semula dalam bekasnya, tiba2 aku tengok terbalik, haaaa dah nak mati ke ikan puyu ni. memang ya, wpun isangnya masih hap hap bernyawa tapi sudah nyawa nyawa ikan orang kata. aku pun angkat dia. tak sampai 5 minit dia pun gol bakawali. aku pun cepat  cepat siang dia, cuci bersih2 dengan asam garam,bubuh garam kunyit lalu goreng, bila dah masak aku pun makan, ratah gitu je, sedapnya ikan puyu. sebenarnya aku tak pernah makan ikan puyu pun, sebab dibesarkan di tanjung tokong, ikan laut ada lah, ikan darat mana nak jumpa. wpun tak besa makan, tapi sebab aku ni jenis semua balun, tolak batu dan kayu. memang sedap ikan puyu ni. alkisah ikan puyu yang aku pancing tinggal tulang, tu pun aku ambik gambaq hehehehe.

ikan puyu terbesar yang pernah aku tangkap. hari ni jadi lauk ku.
puyu yang sudah digoreng
ni puyu tinggai tulang, sedapnya. habis diratah oleh ku