Hari Sabtu 25/2/12. aku dengan suamiku pi memancing di Tanjung Tokong, di mana tempat aku dibesarkan. Kami memancing dekat tokong cina, restaurant ketam rebus. Kat situlah selalu aku tengok wayang cina masa aku kecik2 dulu. Tapi semua sudah berubah, belakang pentas wayang cina ada pantai, dulu xdak pantai. ada timbunan batu dibina selepas tsunami, mungkin nak elak dari ombak kut kalau2 terjadi tsunami lagi.
Memang cantik, port yang baik untuk memancing di atas batu. Tetapi kalau nak naik batu tu, kena lah tunggu ayaq surut sebab kalau ayaq pasang akan naik tinggi tak boleh naik batu itu. Oleh kerana kami memang tahu air pasang penuh pukul 3 petang, jadi pukul 11.00 pagi ketika ayaq surut kami pun naik siap2 di atas sambil memancing. sebelum tu aku sudah pi dekat flat tanjung tokong beli makanan secukupnya ration sehingga petang. sebab Tanjung Tokong tempat jatuh bangun aku, so tak dak masaalah kat mana aku nak beli nasi ke ayaq ke. boleh kata 3/4 orang tanjung tokong asal semua aku kenai, Balik kepada memancing, aku dan suamiku mula lah baling rod. yang tinggal atas batu tu aku dengan suami ku sahaja. sapa pun xdak. Kami macam Kaho Na Pyar pula, stranded atas batu hehehehe. Suami dapat 6 ekor ikan duri besar2 juga, ikan gelama dan ikan ketuka, aku cuma dapat 2 ekor gelama saja. satu gelama tengkerong, satu gelama papan. yang penatnya, tarik saja yang dapat ulat bulu laut atau bristle worm. tak boleh pegang dia dengan tangan memang gatal kalau tercucuk bulu dia ke isi kita, mula2 aku ingat tak apa lah, pegang konon, mak oi gatai nak mampus. ishhhh bahaya ulat ni, dah lah asyik makan umpan kami. menyusahkan pula nak buang dia memang payah kalau dah tercakuk mata kail. Petang pula hujan, sib baik renyai renyai saja. boleh lah lindung di bawah papan yang orang buat untuk berteduh.
Lebih kurang pukul 6.30 ayaq pun surut tapi tak surut completely, kena lah randuk ayaq takat lutut, nak balik kira apa randuk saja lah, Suami ku ternampak 2 ekor belangkas, itu pun kami kutip bawa balik. Sekian lah saja pengalaman memancing di Tanjung Tokong tempat yang aku selalu rindu.
No comments:
Post a Comment