Wednesday, 29 February 2012

ikan puyu

dah bertambah ikan puyu ku, siap asingkan yang kecik dan yang besaq. syoknya memancing, wpun kecik tapi seronok juga bila dia melekat kat mata kail. kira, kalau ada masa terluang saja, senyap2 aku hilang, kayuh basikal dengan rod berdiri kat parit sebelah quarters PBA  kat Perda. Ikan puyu memang banyak dalam parit tu, sebab tak ada orang pasang pukat tak luak lah ikan tu, kalau dah pasang pukat alamat tinggai sikit lah. Aku memang makan juga ikan puyu ni, goreng pun sodap. tapi dok tengok depa berghenang dalam balang aku sayang pula nak siang dan goreng.

ini ikan puyu besaq ada 12 ekor





ini ikan puyu kecik2 ada 12 ekor



Monday, 27 February 2012

beutiful Tanjung Tokong, Penang

Hari Sabtu 25/2/12. aku dengan suamiku pi memancing di Tanjung Tokong, di mana tempat aku dibesarkan. Kami memancing dekat tokong cina, restaurant ketam rebus. Kat situlah selalu aku tengok wayang cina masa aku kecik2 dulu. Tapi semua sudah berubah, belakang pentas wayang cina ada pantai, dulu xdak pantai. ada timbunan batu dibina selepas tsunami, mungkin nak elak dari ombak kut kalau2 terjadi tsunami lagi. Memang cantik, port yang baik untuk memancing di atas batu. Tetapi kalau nak naik batu tu, kena lah tunggu ayaq surut sebab kalau ayaq pasang akan naik tinggi tak boleh naik batu itu. Oleh kerana kami memang tahu air pasang penuh pukul 3 petang, jadi pukul 11.00 pagi ketika ayaq surut kami pun naik siap2 di atas sambil memancing. sebelum tu aku sudah pi dekat flat tanjung tokong beli makanan secukupnya ration sehingga petang. sebab Tanjung Tokong tempat jatuh bangun aku, so tak dak masaalah kat mana aku nak beli nasi ke ayaq ke. boleh kata 3/4 orang tanjung tokong asal semua aku kenai, Balik kepada memancing, aku dan suamiku mula lah baling rod. yang tinggal atas batu tu aku dengan suami ku sahaja. sapa pun xdak. Kami macam Kaho Na Pyar pula, stranded atas batu hehehehe. Suami dapat 6 ekor ikan duri besar2 juga, ikan gelama dan ikan ketuka, aku cuma dapat 2 ekor gelama saja. satu gelama tengkerong, satu gelama papan. yang penatnya, tarik saja yang dapat ulat bulu laut atau bristle worm. tak boleh pegang dia dengan tangan memang gatal kalau tercucuk bulu dia ke isi kita, mula2 aku ingat tak apa lah, pegang konon, mak oi gatai nak mampus. ishhhh bahaya ulat ni, dah lah asyik makan umpan kami. menyusahkan pula nak buang dia memang payah kalau dah tercakuk mata kail. Petang pula hujan, sib baik renyai renyai saja. boleh lah lindung di bawah papan yang orang buat untuk berteduh. Lebih kurang pukul 6.30 ayaq pun surut tapi tak surut completely, kena lah randuk ayaq takat lutut, nak balik kira apa randuk saja lah, Suami ku ternampak 2 ekor belangkas, itu pun kami kutip bawa balik. Sekian lah saja pengalaman memancing di Tanjung Tokong tempat yang aku selalu rindu.







Thursday, 23 February 2012

our collections



mancing puyu

nak update mancing activity, haghi ni, mancing best sikit, awat tak cam tu, 8 ekoq puyu terkena mata kai aku, kigha umpan ulat menjadi juga, kigha taut saja, mesti dapat gup gup di makan puyu, nasib tak beik saja, asyik terlepaih, aku p pukui 8 pukui 9.30 balik lah, 1 jam setengah saja, kalau dok lama sikit panaih lit lit dok bakaq muka hahahaha, tak pa, kigha okay lah, petang pula pi kedai TACKLE kat Lunas, Kulim, so husband pun beli joghan udang, dengan reel sekali, sesuai juga untuk mancing puyu yang kecik kenit tu. nanti esok petang boleh lah aku resmi rod udang ni, wpun xdak udang dalam paghit, ada puyu pun jadi lah. balik Muar nanti boleh lah pancing udang kat Tanjung Emas.

rod udang
ni lah rod udang aku yang baghu  mughah nak mampuih, rod and  reel rm25 saja, hehehe. Sebelum ni pi mancing puyu pakai rod juga tapi tak pakai lah reel, sebab dalam paghit  saja, tapi kalau pi memancing kat laut aku pakai lah reel, wpun tak beghapa baling jauh, kadang2 dapat juga ikan gelama, dughi, sembilang,pedukang pun ada, kalau pedukang besaq aku bawa balik, goreng pun sodap. Yang mancing kat laut pakai rod and reel yang elok sikit

ni lah rod and reel mancing ikan laut punya. reel lama lingkup, pusing punya pusing, sampai patah, ikan hagham tak dapat pun hahahaha.
rod mancing ikan laut

Wednesday, 22 February 2012

puyu oh puyu

dua tiga haghi pi memancing puyu, haram sekoq pun tak dapat, kata kawan aku, mata kail aku besaq sangat mulut puyu kecik, macam mana nak telan kail masa nak sambaq umpan, betui juga kut. so balik ghumah, modified lah, nak p beli kat kedai pancing, awai lagi tak buka, mau tak mau minta kat member yg kaki pancing puyu, buang 2-3 mata kai puyu, alamak kecik kenit nya mata kai dia, . tak apa lah, memang yang tu mata kai puyu. pas tu kayuh basikal pi kedai  pet shop, beli lah cengkerek rm2/- 50 ekoq, banyaknya, tak apalah boleh simpan, dia payah mati. beli juga ulat yang bughung dok makan, satu cawan plastic kecik rm1/- mula2 tengok  geli geleman juga, dia dok menguet2 eeeeeee. tapi semangat punya pasai, geli geli jadi tak geli pula.

haghi ni pi lagi pakai umpan ulat dengan cengkerik, pastu pakai pula kai puyu yang kecik kenit tu, tali tangsi pun yang paling halus, tau tau mata kai terapung pula, umpan dok ataih ayaq, mana puyu nak makan, haghu haghu,
nampaknya nganga saja kat tali ayaq tepi bendang tu, cukup sejam, kayuh basikal baliklah ghumah.

 Tak bertambah ikan puyu aku, dok 6 ekoq situ lah juga bilangannya, haghi2 aku salin ayaq, bagi makan ulat bughung kat depa, amboi sukanya si puyu aku tu. kadang2 depa lompat kena tudung balang tu, laki aku maghah dok merungut, ikan dok elok2 dalam tali ayaq kughung dalam balang, seksa ikan, aku buat dak saja, suka tengok depa dok beghenang.

ulat 

cengkerik

ikan puyu 6 ekoq.

Saturday, 18 February 2012

foto of the day

ni gambar kaknab semasa dalam kereta on the way to Pulau aman, untuk memancing, bergaya lah konon hehehe

ikan pelacak a.k.a. ikan temakul

Ini ialah ikan pelacak atau temakul, kaknab rakam semasa kaknab memancing kat batu musang, jeti pulau aman. nak rakam gambar ikan yang tak dapat, haram tak dapat sekor pun, jadi air dah surut ikan pelacak banyak kaknab ambik gambarnya. ikan pelacak sama kolor dengan batu2 kat situ, pandai dia menyamar, kalau dia dok dekat selut dia nanti tukar warna selut. rupanya macam anak katak pun ada, dengan mata yang terbeliak.


Monday, 13 February 2012

pancing ikan puyu

pagi ni sambil kayuh basikal exercise singgah kat parit bendang  seronok juga mancing ikan puyu kat parit tepi bendang, hari tu dapat ikan haruan 2 ekor, ingat hari ni dapat ikan haruan lagi syok juga, tapi dapat 5 ekor ikan puyu, boleh lah bela dulu bagi besaq

ikan puyu tahan lasak simpan xpayah gas pun hidup lama

Saturday, 11 February 2012

siput mentarang

beli kat pasar sekilo rm6.00. tak kisah lah tu, bukan senang nak cari siput ni, kena gagau dalam selut, kulit nya yang tajam, selalu luka tangan, isi mentarang memang sedap, yang paling kaknab suka, belalai dia tu yang liat liat, isinya lebih sedap dari kupang.

Friday, 10 February 2012

sawah padi

burung gagak mencari makan di sawah  padi

  pokok paku rawan banyak terdapat di bendang                     


sawah dibakar setelah untuk menanam semula

pokok paku rawan yang banyak di bendang

Wednesday, 8 February 2012

cari siput remis di lumut

Siput remis - donax clams or coquina clams

Turun dari Cameron Highland terus menuju ke Damar Laut Lumut, menginap di sana 1 malam, hotel ni jauh ke dalam, sunyi, mak ai! mahal kalau nak order makanan di sana, nasi goreng sepinggan rm24. room service, apa yang dia bubuh sampai rm24. kalau buffet dinner seorang rm78.88. kami pi 5 orang, dekat rm400 kalau makan kat situ, so kami pun keluar mejuju ke pekan lumut untuk makan malam di sana, makan seafood sekeluarga cuma rm128.00 makanan pun boleh tahan sedap. kira tak serik lah boleh datang lagi kalau singgah kat lumut, apa entah nama restoran tu lupa dah kaknab.

Keesokan pagi, lepas subuh kaknab dah survey tepi pantai, jalan jalan kat pantai, cuba2 korek siput remis, nostalgia semasa kecik di tanjung tokong. Amboi banyaknya siput kat sini. Sekali korek 3-4 ekor dapat, kira banyak lah, sebab korek dengan tangan sakit sikit kuku. Dalam setengah jam, korek, kaknab pun balik ke bilik semula, takut nanti depa cari kaknab, pi mana pula orang tua ni. Bila anak2, suami dan menantu dah siap kami pun p buffet breakfast. dalam pukul 9.30 semua sekali turun ke pantai, pakat cari siput remis, Seronok pula, kali ni tangan kaknab xsakit lagi, sebab kaknab pakai pengorek iaitu, tempat letak sabun hotel, pinjam jap ok hehehe. Yang bestnya, tak payah kena ombak, sebab cari atas sikit dari gigi air, itu pun remis banyak. Bawa balik dekat 2 kilo. Bestnya. balik rumah kaknab rebus, makan macam tu je, hirup kuahnya manisnya. Separuh lagi kaknab simpan the next day buat kerabu taugeh campur dengan siput. memang sedap.
ni lah remis yang kami cari, banyak kan.


kaknab dengan suami asyik mencari remis
suami pun seronok cari remis
mak kaknab pun tak ketinggalan 
ni isi yang lebih untuk buat kerabu taugeh.



Monday, 6 February 2012

CUTI CUTI MALAYSIA, CAMERON HIGHLAND

minggu sudah on friday bersama besan, anak2 dan menantu, pergi melawat cameron highland. menginap di hotel HERITAGE,ini kali yang kelima aku makan angin ke cameron highland, jadi saja pi rehat2 menikmati udara segar tanah tinggi, tidak lah anxious sangat nak melawat sana sini, tidak juga membeli sayur ke apa ke, cuma beli sedikit strawberry dan jagung manis, sayur2 tak payah beli lah kat bmertajam lagi murah. lagi pun kami akan pergi ke lumut pula tidak terus balik ke penang, kalau beli sayur pun nanti layu, lecur pula.
besan
bergambar depan hotel sebelum bertolak pulang
minum2 teh kat bharat plantation
dah jadi emak budak masih berpeace peace anak pompuan aku ni.
gambar kenangan beramai2
posing bergaya, suamiku
anak dan emak dan cucu
ni lah aku bergaya konon hihihi
cucuku dengan tok wannya.

ladang teh bharat c.highland
siap nak balik
pemandangan dari bilik hotel heritage.