Thursday, 7 August 2014
Tuesday, 29 July 2014
RAYA 2014
TAHUN NI KAKNAB MENYAMBUT HARI RAYA DI RUMAH SENDIRI IAITU DI SUNGAI LALANG, BEDONG, KEDAH. ANAK SULUNG MENYAMBUT RAYA DI PERAK, RAYA PERTAMA, RAYA KEDUA BARU BALIK SUNGAI LALANG, KENA GILIRAN PERAK TAHUN NI. ANAK KEDUA PULA KENA GILIRAN SUNGAI LALANG, RAYA KEDUA BALIK KE TRENGGANU, JADI PADA HARI RAYA KEDUA, ADIK BALIK GANU, ABANG PULA BALIK SUNGAI LALANG. HEHE. BAGI YANG BELUM KAHWIN 3 ORANG SEMESTINYA RUMAH MAK BAPA KAT SUNGAI LALANG
Monday, 9 June 2014
kampung tanjung tokong
Kaknab dibesarkan dibesarkan di tanjung tokon, pulau pinang. Semasa kecil memang seronok. Suasana dulu dengan sekarang amat lah ketara, dulu tidak rumah flat, pangsapuri, bangunan yang tinggi2, laut belum ditambak. Tapi kini tanjung tokong berwajah baru, dengan flat flat yang tinggi.
Bila dah dirikan flat keadaan menjadi sesak, kerana tanah yang kecil punboleh tinggal beratus keluarga, kalau dulu tanjung tokong memang dengan suasana yang naman, jalan raya pun tak berapa sibuk macam sekarang.
Jom kita tengok image google 1966; yang kaknab copy and paste dari fb anak anak tanjung tokoNg. Masa ni kaknab darjah 4.
Bila dah dirikan flat keadaan menjadi sesak, kerana tanah yang kecil punboleh tinggal beratus keluarga, kalau dulu tanjung tokong memang dengan suasana yang naman, jalan raya pun tak berapa sibuk macam sekarang.
![]() |
| Suasana kg tg tokong tahun |
Thursday, 29 August 2013
Thursday, 6 June 2013
ayam bulu balik
Pernah ka tengok ayam yang macam ini? Ini kaknab panggil ayam bulu balik, bulunya yang tersusun terbalik. Mungkin tersilap teknik kut. Kaknab rakam gambar ni semasa kaknab pi makan mi rojak kat parit ponorogo. Kedai ni tepi jalan besar, kalau dari muar sebelah kiri, kalau dari tangkak sebelah kanan, kebetulan ada ayam ni lalu kat situ lalu kaknab click camera.
Friday, 19 April 2013
Kaknab sekarang berada di kampung sabak aur, muar, johor iaitu kampung suami. Tak lama lagi kakna pun akan menetap di sini, apabila suami akan pencen july tahun ni.
Sabak aur memang kampung yang masih lagi suasana kampung dengan sungainya, keindahan semula jadi. Pagi2 kita boleh tedengar kicaun burung dan unggas bersahut2an, malam pula denngan ketukan burung tukang, dan burung hantu.
Bagi kaknab yang tinggal di Penang, suasana kampung yang sebenar di mana boleh terdengar kicauan burung, sudah tidak ada lagi, yang ada cuma pembangunan yang pesat.
Kaknab sendiri tidak kenal beberapa jenis burung, yang kanab kenal burung merpati, gagak, tiong, bila tinggal di kampung sabak aur, burung murai cacing, merbuk, terkukur, merbah, pipit gedung, burung ayam2 sentiasa berterbangan
Kamera kaknab sentiasa di dalam poket, ada peluang saja kaknab ambik gambar burung2 ini, kadang2 mereka bertenggek di pokok yang rendang, mencari makanan di atas tanah, suka tengok dan mendengar siulan burung2 itu bersahut sahutan dengaN berbagai bunyi mengikut species burung itu.

| Ini burung belatuk biji nangka, kaknab rakam semsa memancing udang galah ditepi sungai sabak aur |
Subscribe to:
Posts (Atom)