Friday, 19 April 2013

Kaknab sekarang berada di kampung sabak aur, muar, johor iaitu kampung suami. Tak lama lagi kakna pun akan menetap di sini, apabila suami akan pencen july tahun ni.
Sabak aur memang kampung yang masih lagi suasana kampung dengan sungainya, keindahan semula jadi. Pagi2 kita boleh tedengar kicaun burung dan unggas bersahut2an, malam pula denngan ketukan burung tukang, dan burung hantu.

Bagi kaknab yang tinggal di Penang, suasana kampung yang sebenar di mana boleh terdengar kicauan burung, sudah tidak ada lagi,  yang ada cuma pembangunan yang pesat.

Kaknab sendiri tidak kenal beberapa jenis burung, yang kanab kenal burung merpati, gagak, tiong, bila tinggal di kampung sabak aur, burung murai cacing, merbuk, terkukur, merbah, pipit gedung, burung ayam2 sentiasa berterbangan
Kamera kaknab sentiasa di dalam poket, ada peluang saja kaknab ambik gambar burung2 ini,  kadang2 mereka bertenggek di pokok yang rendang, mencari makanan di atas tanah, suka tengok dan mendengar siulan burung2 itu bersahut sahutan dengaN berbagai bunyi mengikut species burung itu.

Ini burung belatuk biji nangka, kaknab rakam semsa memancing udang galah ditepi sungai sabak aur