Thursday 6 June 2013

ayam bulu balik

Pernah ka tengok ayam yang macam ini? Ini kaknab panggil ayam bulu balik, bulunya yang tersusun terbalik. Mungkin tersilap teknik kut. Kaknab rakam gambar ni semasa kaknab pi makan mi rojak kat parit ponorogo. Kedai ni tepi jalan besar, kalau dari muar sebelah kiri, kalau dari tangkak sebelah kanan, kebetulan ada ayam ni lalu kat situ lalu kaknab click camera.


Friday 19 April 2013

Kaknab sekarang berada di kampung sabak aur, muar, johor iaitu kampung suami. Tak lama lagi kakna pun akan menetap di sini, apabila suami akan pencen july tahun ni.
Sabak aur memang kampung yang masih lagi suasana kampung dengan sungainya, keindahan semula jadi. Pagi2 kita boleh tedengar kicaun burung dan unggas bersahut2an, malam pula denngan ketukan burung tukang, dan burung hantu.

Bagi kaknab yang tinggal di Penang, suasana kampung yang sebenar di mana boleh terdengar kicauan burung, sudah tidak ada lagi,  yang ada cuma pembangunan yang pesat.

Kaknab sendiri tidak kenal beberapa jenis burung, yang kanab kenal burung merpati, gagak, tiong, bila tinggal di kampung sabak aur, burung murai cacing, merbuk, terkukur, merbah, pipit gedung, burung ayam2 sentiasa berterbangan
Kamera kaknab sentiasa di dalam poket, ada peluang saja kaknab ambik gambar burung2 ini,  kadang2 mereka bertenggek di pokok yang rendang, mencari makanan di atas tanah, suka tengok dan mendengar siulan burung2 itu bersahut sahutan dengaN berbagai bunyi mengikut species burung itu.

Ini burung belatuk biji nangka, kaknab rakam semsa memancing udang galah ditepi sungai sabak aur

Friday 22 March 2013

pemandangan sungai sabak aur


keindahan matahari terbenam di sungai sabak aur, muar johor

Ni adalah pemandangan matahari terbenam, semasa kaknab balik kampung muar, baru baru ni, sambil memancing ikan sumpit dan udang galah, menunggu sehingga matahari terbenam, cantiknya pemandangan sedap mata memandang, keindahan alam cipatan yang Maha Esa.


Friday 8 February 2013

tilapia yang abang pancing

Hari ni abang mancing kat tempat biasa, port kat roundabout jusco, abang dapat ikan tilapia besar juga. dalam 270 gm. tilapia kemerahan. tilapia kalau goreng memang sedap. isinya manis  dan lembut..


Wednesday 16 January 2013

biawah berenang dengan senang hati

Ini ialah gambar biawak sedang berenang dalam kolam dekat MPSP, Perda, kat kolam ni memang banyak ikan, macam2 ikan ada, tilapia, haruan, keli, puyu dan sepat. apa lagi biawak kat sini memang banyak sebab senang cari makan.\

biawak sedang berenang.

TAHI BURUNG

tengok gambar ni, penuh tahi  burung atas jalan dan kaki lima jalan. malam2 burung beribu2 tidur atas pokok tepi jalan depan balai polis IPD Seberang Prai Tengah, kalau masuk maghrib saja, ciut ciut ciut bising bunyi burung, esok pagi pukul 7 bunyi lagi ciut ciut pakat bangun tidur hendak terbang cari makan, masa malam lah depa berak semua, habis putih atas jalan dan kaki lima, sebab tak hujan, kalau hujan, air nanti cuci semua bersih,

kaki lima jalan penuh tahi burung

jalan raya penuh tahi burung

Monday 7 January 2013

Pantai Remis, Kuala Selangor

Pernah dengar tak Pantai Remis, Selangor, ingat Perak saja yang ada Pantai Remis, Selangor pun ada, tiap2 kali kaknab dan suami lalu je kat situ, nampak signboard Pantai Remis, ingat ke Pantai Remis, Perak ke, kut kut short cut, tapi Pantai Remis lain, cantik juga pantai tu, menurut orang yang memancing kat situ, kalau datang hari Sabtu Minggu lagi ramai orang, tapi kaknab p hari Isnin, tak ramai orang sangat, selalu, dalam bonet kereta suami, memang ada fishing rods banyak, kebetulan hari tu, suami tak bawa cuma yang ada fishing rod memancing parit, rod parit dengan laut tak sama, jadi tak bolehlah memancing, umpan umpun2 pun ada jual kat situ, ruginya, tapi tak apalah kat situ ada orang jual kerang, siput mentarang, siput remis, siput biji nangka, belitung, kaknab pun beli, fresh2 siput kat situ, baru je depa cari, kebetulan, pompuan yang jual baru saja  balik dari mencari mentarang, apa lagi kaknab pun beli lah, murah je sekilo rm7.