Saturday 16 June 2012

ikan haruan yang ku pancing

Hari ini kaknab memancing, dapat sekor ikan haruan yang agak besar juga, 600 gm. Kalau nak beli ikan ni kat pasar sekilo RM18. Jadi kalau 600 gm, dalam rm10.80 juga harganya ya. kaknab tak sempat ambik gambar ikan ni, sebab bila balik rumah, ikan ni dah lemah, sebab kaknab boh dalam botol air mineral yang 5 kilo, masa kat port memancing, botol ni agak sempit untuk badannya yang besar, sian dia, kelupur sebab tempat sempit, tak selesa. jadi kaknab pun terus siang dia. gambar yang sudah siang tu ada lah. jum kita tengok

tengok kepala nya macam kepala ular, sebab tu orang panggil snakehead fish.
kaknab masak singang ikan ni, sebab tak mau segala zat zat khasiat ikan ni, hilang, kaknab masukkan halia, serai, lengkuas, cili api, cili hijau, asam keping, rebus naik je. memang sedap rasa masam2 pedas. oleh kerana semua ahli keluarga kaknab tak makan ini, jadi kaknab sorang yang habiskan ikan ni. tak kisah lah kalau yang lain tak lalu. jum kita tengok khasiat ikan haruan

Kebaikan ikan haruan


1. Haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gashtik

2. Haruan mengandungi sejumlah besar Vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai anti oksidan yang melambatkan proses penuaan.

3. Haruan mengandungi asik arakidonik yang tinggi yang membantu memulakan prosess darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula sel baru.

4. Glisin dari ikan haruan (merangkumi asid aspartik dan glutamik) yang merupakan satu daripada komponen penting klagen dalam kulit manusia akan membentuk molikul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

5. Dari kajian saintifik didpati pengambilan ikan haruan juga dapat mengurangkan sakit selepas pembedhan.

6. Lendir ikan haruan mengandungi asik oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.

7. Ikan haruan mengandungi kolagen yang tinggi yang membantu mencantikkan kulit.


Oleh kerana kaknab dan suami selalu juga dapat ikan haruan semasa memancing, memberikan faedah pada kaknab, tak payah beli kat pasar sebab agak mahal juga. lagi pun ikan haruan yang kaknab pancing, adalah ikan bendang, lagi berkhasiat dan dijamin bersih airnya.

ni lah singgang ikan haruan yang kaknab masak tu. seeedapnya


Saturday 9 June 2012

holiday in phuket

my hubby, my daughter and my grandchild - holiday in phuket
with my in laws - fish theraphy at phuket
fish theraphy - fishes eating dead cells of my feet - so nice