Sunday 25 March 2012

ikan puyu pekasam

aku tak pernah buat pekasam, suatu hari aku cuba2 buat 4 ekor puyu, test tengok boleh jadi tak aku punya pekasam, sedap ke tak wallahualam. jadi 4 ekor ikan aku siang bersih2 kemudian garamkan dia dalam bekas tutup rapat2 selama 1 1/2  hari. kemudian ikan yang sudah digaramkan, basuh bersih2. peram pula dengan air nasi dan 2 camca garam. simpan lebih kurang 2 hari, lepas itu basuh2 bersih2 baru campurkan dengan beras goreng yang yang sudah ditumbuk halus, peram lagi selama 4-5 hari, pekasam boleh di goreng dan makan dengan nasi panas2.

puyu sudah digaramkan

2. puyu diperam dengan air nasi
Bila dah jadi pekasamku masin gila. memang benar kata mak ku, kenapa bubuh garam banyak sangat, aku cuma ikut resepi dlm blog. selepas tu aku buat lagi, tak putus asa, modified lah balik, garam boh sikit je, aku tambah pula asam keping sedikit. memang menjadi kali ni pekasam ku, malah lebih sedap dari yang selalu aku beli. caiyok. aku dah pandai buat pekasam, akan maintain resepi aku sendiri, garam yang belambak kat atas tu tak boleh pakai ikan jadi masin instead of masam hehehe. ni aku bagi resepi ku sendiri

ikan pekasam kaknab
3 ekor ikan puyu
3 camca teh garam)(garamkan semalaman atau 2 hari)
3 keping asam keping)
selapas 2 hari rendam pula dengan air nasi dan  sedikit saja garam
lepas tu basuh bersih, dan lumur dengan beras goreng yang sudah di blend. simpan selama 2 hari atau lebih.

No comments:

Post a Comment